Sunday 26 February 2012

AA10103 PENGANTAR ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI I 
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM SOSIOLOGI
       Sains terbahagi kepada  2 – Sains semulajadi yang mengkaji fenomena fenomena fizikal dan biologi ; kedua sains kemasyarakatan yang mengkaji pelbagai aspek tingkah laku manusia.
       Kaedah penyelidikan sains sosial sama dengan kaedah sains fizikal yang berasaskan penyelidikan yang sainstifik dan sistematik.
       Bezanya: Sains fizikal bahan kajiannya – bahan-bahan fizikal. Sosiologi bahan kajiannya – manusia dan tingkah lakunya.
       Pemerhatian dalam sains bersifat objektif, begitu juga dalam sains sosial.
       Setiap penelitian tidak boleh dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai, kepentingan tertentu mahupun kehendak seseorang pengkaji.
       Objektiviti bermakna kebolehan melihat dan menerima faktor yang sedia ada dan bukannya mengikut apa yang diharapkan akan berlaku.
       Pemerhatian yang saintifik dibuat dengan keadaan yang terkawal.
       Ahli sains, makmal paling popular, bagi ahli sosiologi kawalan pembolehubah seperti umur, jantina, agama, pendidikan, pendapatan dll sangat berguna untuk dihubungkaitkan supaya dapat menentukan hasil dan kesimpulan yang akan dibuat oleh penyelidik.
       Setiap hasil kajian perlu direkodkan dan dilaporkan dengan baik – supaya dapat memberi faedah dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan dan juga pengkaji yang berikutnya.
       Kebanyakan penyelidik adalah pakar dalam bidangnya, agar dapat menggunakan kaedah penyelidikan yang paling tepat untuk menjalankan penyelidikannya.

No comments:

Post a Comment