UMMAT ISLAM - JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY @ HARI KEKASIH !
Apa dia Hari Kekasih @ Valentine Day ???
Hari Kekasih Tradisi Penganut Kristian
SETIAP
Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka
yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan,
bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari
semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang
dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.
Siapakah
dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari
Kekasih di seluruh dunia ini?Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih .
Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi
bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini.
Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati
dibunuh.
Versi
pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai
seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3
Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda
berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia
dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine
menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus
mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi
ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum
bunuh.
Versi
kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan
tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara
kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang
gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine
menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan
ungkapan From Your Valentine.
Mengapakah
14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati
kekasih ini?Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine
dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya
yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat
kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius,
pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s
Day’.
Sejarah St Valentine telah lama berlalu
walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti,
sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama
Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati
kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau
tata susila orang Timur.
Jauh
sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya,
orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri,
begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari
Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh
pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.
Renungi
firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan
senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah,
‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan
datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120).
Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.
Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?
Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa cerita tentang hari kekasih ini. Beberapa orang ulama juga telah membuat kenyataan mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.
Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
SUPPORT THIS BLOG, PLEASE SIGN GUESTBOOK
No comments:
Post a Comment